Khamis, 6 Januari 2011

Tempat Menuntut Ilmu (Politeknik)..

Saya belajar di Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor Darul Ehsan.  Walaupun politeknik ini terletak di kawasan pedalaman, tetapi terdapat pantai yang menenangkan jiwa di sini.  Apabila anda masuk ke politeknik ini, anda akan dapat melihat keindahan politeknik ini.  Salah satu tarikan di politeknik ini ialah tasek.  Jika ingin menenangkan fikiran yang berserabut, taseklah tempat yang boleh menenangkan fikiran (pilihan kedua selepas Pusat Islam dan surau).  Apabila melihat keindahan alam ciptaan Tuhan, jiwa pun merasa tenang.  Lebih-lebih lagi apabila ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
   Selain itu, di sini juga terdapat hotel yang bernama Anjung Pesona sebagai tempat latihan pelajar Jabatan Hospitaliti.  Bukan itu sahaja, di situ juga terdapat kolam renang.  Bagi makanan di sini, terdapat banyak gerai makanan.  Pelajar mempunyai banyak pilihan untuk membeli di tempat yang digemari.  Makanannya juga sedap-sedap.
   Di Politeknik ini, terdapat Jabatan Perdagangan, Jabatan Hospitaliti, Jabatan Elektrik, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Pengajian Awam dan jabatan lain.  Kursus yang saya ambil diletakkan di bawah Jabatan Perdagangan.

Latihan Industri (My Practical)..

Kebanyakan orang tidak suka pergi Latihan Industri, tetapi berlainan pula dengan saya.  Bagi saya, setiap detik semasa Latihan Industri perlu saya hargai apatah lagi Latihan Industri cumalah 20 minggu sahaja, satu tempoh yang agak singkat.  Saya menjalani Latihan Industri di negeri saya sendiri iaitu di Pejabat Tanah dan Galian, Ipoh, Perak.  Saya ditempatkan di Bahagian Khidmat Pengurusan. 
   Di sini, saya dapat pengalaman yang begitu berharga.  Saya dapat merasa suasana alam pekerjaan.  Selain itu, saya juga dapat berkenalan dengan orang yang lebih dewasa dan matang.  Saya dapat mempelajari sedikit bidang tugas sebagai seorang setiausaha.  Apabila setiausaha di sana tidak hadir, kadang-kadang saya dipanggil untuk menggantikan mereka.  Bukan cuma merasa menjadi setiausaha, malah saya juga ada menjaga kaunter apabila staf tersebut tidak dapat menjalankan tugas.
   Di sana juga bukan hanya saya yang menjalani Latihan industri, tetapi terdapat beberapa lagi pelajar yang menjalani Latihan Industri di sana.  Antaranya tiga pelajar dari Politeknik Ungku Omar, dua pelajar dari UPSI dan dua pelajar dari Universiti Utara Malaysia.  Di sana memberikan memori yang cukup indah buat diri saya.

My Best Friends...


Bercakap mengenai kawan-kawan, di sini (Politeknik Sultan Idris Shah) saya berkawan rapat dengan rakan sekelas saya yang juga merupakan rakan baik saya.  Namanya ialah Noor Adibah.  Kami sering bersama ke mana-mana.  
   Selain itu, saya juga berkawan rapat dengan kawan-kawan yang berlainan kursus dari saya.  Antaranya ialah kawan baik saya semasa saya sekolah menengah iaitu Nasdhiya.  Dia mengambil kursus Diploma Hotel  Catering.  Kebetulan kami dapat belajar di Politeknik yang sama dan saya berasa begitu gembira.  Saya sering pulang dan pergi dari Perak ke Politeknik bersama dengannya.
   Selain itu, saya juga rapat dengan Umi.  Dia mengambil kursus Sijl Hotel Catering.  Kadang-kadang saya akan keluar bersamanya untuk menghayati keindahan tasek bersama dan sering makan bersama-sama.  Dia merupakan seorang yang lucu apatah lagi apabila berjumpa dengan Diba, mereka suka usik-mengusik.
   Bukan cuma itu, saya juga berkawan rapat dengan seorang kakak yang mengambil Sijil IT.  Saya dan Diba memanggilnya 'Kak Ecah' di mana nama sebenarnya ialah Siti Aishah.  Saya, Diba dan Kak Ecah sering keluar bersama-sama.  Hubungan kami masih berkekalan meskipun dia sudah menamatkan pelajaran di sini.  Kami masih berhubung melalui henset dan internet.
   Tidak lupa juga kawan saya yang mengambil kursus Diploma Kejuruteraan Elektrik yang bernama Afiqah.  Dia berasal dari Bangi sama seperti Diba.  Saya mengenalinya juga melalui Diba.  Kami juga sering bersama.

Family ku yang tercinta...


Saya mempunyai seorang ibu dan seorang kakak.  Ayah saya pula telah lama meninggal dunia.  Kami hanya dua beradik.  Ibu saya sangat menyayangi kami berdua.  Kasih sayang yang diberikan olehnya sama rata tidak kira sama ada anaknya itu anak yang sulung ataupun bongsu.  Saya begitu menyayangi ibu saya.  Ibu saya seorang yang penyayang, ambil berat dan baik hati.  Saya bersyukur kerana mempunyai ibu yang sebegini. 
   Arwah ayah saya juga sama.  Walaupun dia telah meninggalkan saya semasa saya berumur 9 tahun, tapi saya dapat rasakan kasih sayang yang mendalam darinya.  Mukanya agak garang dan hensem, tetapi dia tidaklah segarang mukanya malah merupakan seorang yang baik dan suka akan kanak-kanak.  Kanak-kanak juga menyayanginya lebih-lebih lagi saya sebagai anaknya.  Dia sering mengajar saya lebih-lebih lagi dalam subjek Bahasa Inggeris kerana beliau begitu mahir dalam Bahasa Inggeris.  Tetapi Allah lebih menyayanginya, saya terima dengan redha akan pemergiaannya.  Apa yang boleh saya lakukan adalah berdoa untuknya.  Kasih sayang saya terhadap mereka tidak dapat digambarkan melalui kata-kata.  Tapi saya yakin, kasih sayang mereka terhadap saya lebih daripada kasih sayang saya.  Saya terlalu sayangkan mereka.
   Tidak lupa juga kakak saya.  Hubungan saya dengannya begitu rapat lebih-lebih lagi kami hanya dua beradik.  Kebanyakan masalah yang saya hadapi akan saya ceritakan kepadanya.  Dia pula tidak jemu untuk menjadi pendengar setia saya.  Dia sudah bekerja.  Dia bekerja di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan bekerja di sektor awam iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

diriku yang satu..

Assalamu'alaikum...
Mula-mula sekali ingin saya perkenalkan diri saya dahulu.  Nama saya ialah Shazabaizura Binti Zawalid. Saya berasal dari negeri Perak.  Saya berumur 20 tahun pada 2 Julai 2011.  Saya merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik.  Saya belajar di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).  Di sini, saya mengambil kursus Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK).  Saya bercita-cita untuk menjadi seorang yang berjaya satu hari nanti.