Saya mempunyai seorang ibu dan seorang kakak. Ayah saya pula telah lama meninggal dunia. Kami hanya dua beradik. Ibu saya sangat menyayangi kami berdua. Kasih sayang yang diberikan olehnya sama rata tidak kira sama ada anaknya itu anak yang sulung ataupun bongsu. Saya begitu menyayangi ibu saya. Ibu saya seorang yang penyayang, ambil berat dan baik hati. Saya bersyukur kerana mempunyai ibu yang sebegini.
Arwah ayah saya juga sama. Walaupun dia telah meninggalkan saya semasa saya berumur 9 tahun, tapi saya dapat rasakan kasih sayang yang mendalam darinya. Mukanya agak garang dan hensem, tetapi dia tidaklah segarang mukanya malah merupakan seorang yang baik dan suka akan kanak-kanak. Kanak-kanak juga menyayanginya lebih-lebih lagi saya sebagai anaknya. Dia sering mengajar saya lebih-lebih lagi dalam subjek Bahasa Inggeris kerana beliau begitu mahir dalam Bahasa Inggeris. Tetapi Allah lebih menyayanginya, saya terima dengan redha akan pemergiaannya. Apa yang boleh saya lakukan adalah berdoa untuknya. Kasih sayang saya terhadap mereka tidak dapat digambarkan melalui kata-kata. Tapi saya yakin, kasih sayang mereka terhadap saya lebih daripada kasih sayang saya. Saya terlalu sayangkan mereka. Tidak lupa juga kakak saya. Hubungan saya dengannya begitu rapat lebih-lebih lagi kami hanya dua beradik. Kebanyakan masalah yang saya hadapi akan saya ceritakan kepadanya. Dia pula tidak jemu untuk menjadi pendengar setia saya. Dia sudah bekerja. Dia bekerja di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan bekerja di sektor awam iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan