Bercakap mengenai kawan-kawan, di sini (Politeknik Sultan Idris Shah) saya berkawan rapat dengan rakan sekelas saya yang juga merupakan rakan baik saya. Namanya ialah Noor Adibah. Kami sering bersama ke mana-mana.
Selain itu, saya juga berkawan rapat dengan kawan-kawan yang berlainan kursus dari saya. Antaranya ialah kawan baik saya semasa saya sekolah menengah iaitu Nasdhiya. Dia mengambil kursus Diploma Hotel Catering. Kebetulan kami dapat belajar di Politeknik yang sama dan saya berasa begitu gembira. Saya sering pulang dan pergi dari Perak ke Politeknik bersama dengannya.
Selain itu, saya juga rapat dengan Umi. Dia mengambil kursus Sijl Hotel Catering. Kadang-kadang saya akan keluar bersamanya untuk menghayati keindahan tasek bersama dan sering makan bersama-sama. Dia merupakan seorang yang lucu apatah lagi apabila berjumpa dengan Diba, mereka suka usik-mengusik.
Bukan cuma itu, saya juga berkawan rapat dengan seorang kakak yang mengambil Sijil IT. Saya dan Diba memanggilnya 'Kak Ecah' di mana nama sebenarnya ialah Siti Aishah. Saya, Diba dan Kak Ecah sering keluar bersama-sama. Hubungan kami masih berkekalan meskipun dia sudah menamatkan pelajaran di sini. Kami masih berhubung melalui henset dan internet.
Tidak lupa juga kawan saya yang mengambil kursus Diploma Kejuruteraan Elektrik yang bernama Afiqah. Dia berasal dari Bangi sama seperti Diba. Saya mengenalinya juga melalui Diba. Kami juga sering bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan